Tuesday 17 March 2015

HBML3403

ISI KANDUNGAN

1.0              Pengenalan                                                                                                                 3
2.0              Bidang Penggunaan, Konsep dan Ciri-ciri Khusus Laras Bahasa                     6                      Melayu                                               

3.0              Penggunaan Kata dan Ayat Sebagai Penanda Dalam Laras Bahasa                   12       Melayu                      

4.0              Peranan Laras Bahasa Sebagai Alat Pemangkin dan Memperkayakan             15
Bahasa Melayu                         

5.0              Kesimpulan                                                                                                                21

Rujukan












1.0  Pengenalan

Laras bahasa merupakan salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa diistilahkan sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan.
Laras bahasa juga sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu mengikut kesesuaian.
Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara penyampaian wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang penggunaan bahasa seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media perlakuan bahasa samada secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah bidang tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal atau tidak formal.

Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau laras umum, laras akademik atau laras ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan, laras sastera, laras iklan dan sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat antara susunan bahasa dengan situasi-situasi disebabkan interaksi sehingga menghasilkan laras.
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.
Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.
Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa dalam situasi formal dan tidak formal adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut faktor geografi dan daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur . Pemilihannya adalah tidak sama, berlainan dan berubah-ubah ikut situasi bergantung kepada masyarakat yang memilihnya dan membangkitkan kesedaran setiap anggota masyarakat tentang situasi sosial yang wujud.





3,756  patah perkataan



RUJUKAN
Abdullah Yusuf. (2008). HBML3303 Lingustik dan Sosiolingustik. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Analisis Taknik SWOT Reori Behavioris (2010). [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://wadira358.blogspot.com/2010/08/analisis-teknik-swot-teori-behavioris.html
Hasnah Hashim. (2008). Bahasaku [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati:   http://hasnash.blogspot.com/
Puteri Farahin. (2013). Laras Bahasa Sastera [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati:  http://www.slideshare.net/puterifasya/laras-bahasa-sastera-17369299
Teknik Pengajaran Komsas (2010) [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati:   http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sastera-bahasa.html
Teori Pemerolehan Bahasa (2011). [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html
Ung Sii Mee. (2012). Laras Bahasa Sastera. [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati:   http://www.slideshare.net/ungsiimee/laras-bahasa-sastera?related=9

Friday 6 March 2015