ISI
KANDUNGAN
1.0
Pengenalan
3
2.0
Bidang Penggunaan, Konsep dan
Ciri-ciri Khusus Laras Bahasa 6 Melayu
3.0
Penggunaan Kata dan Ayat Sebagai Penanda
Dalam Laras Bahasa 12 Melayu
4.0
Peranan Laras Bahasa Sebagai
Alat Pemangkin dan Memperkayakan 15
Bahasa
Melayu
5.0
Kesimpulan 21
Rujukan
1.0
Pengenalan
Laras
bahasa merupakan salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai
bahasa dan penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam
penggunaannya yang boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik,
ragam bahasa diistilahkan sebagai register atau laras ( Hudson,
1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik untuk menerangkan perlakuan bahasa
(linguistik behaviour) seseorang individu apabila bahasa digunakan.
Laras bahasa juga sejenis kelainan bahasa yang
digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang.
Laras bahasa boleh diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa
dalam sesuatu situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan
keadaan. Di samping itu, setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah
dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang
tertentu mengikut kesesuaian.
Laras
dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu, tajuk wacana, cara
penyampaian wacana dan gaya wacana. Tajuk wacana adalah merangkumi bidang
penggunaan bahasa seperti bidang Matematik. Cara penyampaian wacana ialah media
perlakuan bahasa samada secara lisan atau bertulis. Gaya Wacana pula adalah
bidang tentang perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secara formal
atau tidak formal.
Daripada
tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam
pelbagai situasi. Antara jenis-jenis laras ialah laras biasa atau laras umum,
laras akademik atau laras ilmiah, laras perniagaan, laras perundangan, laras
sastera, laras iklan dan sebagainya.Hal ini kerana terdapat hubungan yang erat
antara susunan bahasa dengan situasi-situasi disebabkan interaksi sehingga
menghasilkan laras.
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa
merupakan satu variasi bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan
ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara
kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.
Bagi laras bahasa sastera, laras ini
mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu,
ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual,
carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya,
unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan
bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.
Laras
bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.
Asmah Hj. Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam
penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa dalam situasi
formal dan tidak formal adalah berbeza. Laras bahasa juga berbeza mengikut
faktor geografi dan daerah. Laras bahasa juga adalah gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa iaitu variasi yang ada pada setiap penutur . Pemilihannya
adalah tidak sama, berlainan dan berubah-ubah ikut situasi bergantung kepada
masyarakat yang memilihnya dan membangkitkan kesedaran setiap anggota
masyarakat tentang situasi sosial yang wujud.
3,756
patah perkataan
RUJUKAN
Abdullah Yusuf.
(2008). HBML3303 Lingustik dan Sosiolingustik.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
Analisis Taknik
SWOT Reori Behavioris (2010). [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh
didapati: http://wadira358.blogspot.com/2010/08/analisis-teknik-swot-teori-behavioris.html
Hasnah Hashim. (2008). Bahasaku [Online],
[Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://hasnash.blogspot.com/
Puteri Farahin. (2013). Laras Bahasa Sastera [Online],
[Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://www.slideshare.net/puterifasya/laras-bahasa-sastera-17369299
Teknik
Pengajaran Komsas (2010)
[Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati:
http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sastera-bahasa.html
Teori Pemerolehan
Bahasa (2011). [Online], [Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html
Ung Sii Mee. (2012). Laras Bahasa Sastera. [Online],
[Diakses: 16 Mac 2015]. Boleh didapati: http://www.slideshare.net/ungsiimee/laras-bahasa-sastera?related=9
No comments:
Post a Comment